Kisah Nabi : Perjanjian Hudaibiyah
Nabi Muhammad SAW dan pengikut-pengikut Baginda pergi ke Mekah tanpa membawa senjata dengan tujuan untuk beribadat. Baginda tidak berasa gentar terhadap orang Quraisy kerana beniat baik.
Dalam perjalanan ke Mekah, muncul seorang lelaki menemui Nabi Muhammad SAW. Orang itu berkata, "Orang Quraisy terdengar akan kedatangan kamu wahai Rasulullah, dan mereka tidak bersedia untuk berperang. Maka mereka tidak membenarkan kalian masuk ke dalam Mekah."
"Mekah bukanlah hak orang Quraisy. Mereka tidak berhak menghalang orang Islam masuk ke Mekah," kata orang Islam.
"Lagipun kami pergi dengan tujuan untuk beribadat," kata orang Islam lagi. "Itu adalah hak kami untuk beribadat."
Rombongan orang Islam ke Mekah adalah rahsia kerana mereka tidak mahu hal itu diketahui orang Quraisy. Oleh kerana mereka tidak dapat memasuki Mekah dan hari sudah lewat, Nabi Muhammad SAW dan rombongannya mendirikan khemah di Hudaibiyah.
Nabi Muhammad SAW memerintahkan Sayidina Umar bin al-Khattab untuk ke Mekah untuk memberitahu tujuan sebenar mereka ke Mekah tapi Sayidina Umar bin Al-Khattab berasa dirinya serba kekurangan dan ingin diganti oleh orang yang lebih dihormati. Maka Nabi Muhammad SAW pun bersetuju dan menghantar Sayidina Usman Bin Affan.
Sayidina Usman lambat pulang membuatkan semua semakin risau. Muncul pula khabar angin yang Sayidina Usman telah dibunuh oleh orang Quraisy. Berasa marah, orang Islam berjanji untuk menuntut bela terhadap kematiannya membuatkan orang Quraisy berasa takut. Mereka menghantar seorang utusan iaitu Suhail bin Amru untuk berbincang dengan orang Quraisy.
Mereka bersetuju untuk tidak berperang selama 10 tahun dan orang Islam hanya boleh melawat Mekah tahun yang berikutnya. Maka perjanjian Hudaibiyah pun ditandatangani.
Sayidina Umar bin Al-Khattab tidak bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian itu kerana ia merugikan orang Islam. Nabi Muhammad SAW hanya tersenyum penuh makna.
"Aku ialah pesuruh Allah SWT. Aku tidak akan melanggar perintah Allah SWT kerana Allah SWT merupakan pelindungku," kata Nabi Muhammad SAW.
Sayidina Umar berasa ragu-ragu tetapi dia tahu pasti ada sebab di sebalik keputusannya ini. Ternyata memang hal ini amat menguntungkan orang Islam kerana orang Islam berjaya mendapat Mekah semula dan kini mereka bebas untuk ke Mekah bila-bila mereka mahu. Subhanallah.
Comments
Post a Comment
Respect others. And you will be respected.