Posts

Showing posts from August, 2019

Kisah Nabi : Perjanjian Hudaibiyah

     Nabi Muhammad SAW dan pengikut-pengikut Baginda pergi ke Mekah tanpa membawa senjata dengan tujuan untuk beribadat. Baginda tidak berasa gentar terhadap orang Quraisy kerana beniat baik.      Dalam perjalanan ke Mekah, muncul seorang lelaki menemui Nabi Muhammad SAW. Orang itu berkata, "Orang Quraisy terdengar akan kedatangan kamu wahai Rasulullah, dan mereka tidak bersedia untuk berperang. Maka mereka tidak membenarkan kalian masuk ke dalam Mekah."      "Mekah bukanlah hak orang Quraisy. Mereka tidak berhak menghalang orang Islam masuk ke Mekah," kata orang Islam.      "Lagipun kami pergi dengan tujuan untuk beribadat," kata orang Islam lagi. "Itu adalah hak kami untuk beribadat."      Rombongan orang Islam ke Mekah adalah rahsia kerana mereka tidak mahu hal itu diketahui orang Quraisy. Oleh kerana mereka tidak dapat memasuki Mekah dan hari sudah lewat, Nabi Muhammad SAW dan rombongannya mendirikan khemah di Hudaibiyah.      Na